Semua Dijemput Hadir Ke Himpunan Merdeka 55:Janji Ditepati Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 55 Pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil 2000H.
Makluman:
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan menjalankan latihan terbang lintas pesawat udara acara bagi persiapan sempena acara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 12 ini. Pesawat-pesawat berkenaan akan terbang rendah di sekitar ruang udara Lembah Klang dari 27 hingga 31 Ogos 12.
Latihan terbang lintas melibatkan 4 buah pesawat helikopter Nuri, 4 buah pesawat pejuang Aermacchi MB339CM, 4 buah pesawat pejuang Hawk dan 4 buah pesawat MIG-29N dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Latihan turut disertai oleh pesawat helikopter jenis Agusta dari Tentera Darat Malaysia, Superlynx dan Fennec Tentera Laut Diraja Malaysia serta pesawat AS 355 Polis Diraja Malaysia.
Latihan terbang lintas ini dipantau sepenuhnya oleh Tentera Udara Diraja Malaysia dari segenap aspek khususnya dalam memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat serta orang ramai berada ditahap yang terbaik.
