Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ringan jenis Scottish Aviatio Twin Pioneer yang diberi nama ”Lang RajawalI’’ oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman.
Pada mulanya, TUDM memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang memberikan perkhidmatan komunikasi dan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Persekutuan di samping membantu aktiviti yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja British (RAF) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Pada ketika ini, hanya dua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yang menyokong operasi ketenteraan khususnya dalam perjuangan menentang pengganas-pengganas komunis semasa Darurat.
Dalam tahun 1960, TUDM memperolehi keupayaan tempur pertama dengan penerimaan 20 buah pesawat pejuang CL41-G Tebuan dari Kanada. Pesawat ini dilengkapi enjin yang lebih berkuasa dan sistem persenjataan di sayap yang boleh memuatkan bom dan roket. Pesawat Tebuan ini dibahagikan kepada dua buah skuadron, No 6 Skuadron dan No 9 Skuadron.
TUDM juga telah menerima penghantaran 29 buah pesawat Alouette III yang digunakan untuk memebantu perkhidmatan perhubungan. Helikopter ini kemudiannya dilengkapkan dengan meriam 20mm dan mesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk memberikannya peranan sebagai pesawat bantuan udara.
Atas kesungguhan pengorbanan dan keupayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa melaksanakan tugasnya menjaga kedaulatan ruang udara Negara, Tentera Udara Diraja Malaysia telah dianugerahka Panji-Panji Yang DiPertuan Agong pada 14 Mac 1967 bertempat di Pangkalan Udara Kuala Lumpur