1. Apakah Syarat-Syarat Umum Untuk Menyertai Perkhidmatan Tentera?
Syarat-Syarat Umum Kelayakkan adalah seperti berikut:
Kesihatan : Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak rabun warna dan tanpa cermin mata/kanta lekap
Tinggi/Berat Minimum : Lelaki – 162 sm / 50kg
Perempuan – 157 sm / 45 kg
BMI( Body Mass Index ) : 18 – 27
2. Bagaimanakah Cara Untuk Memohon?
Permohonan untuk menjadi pegawai boleh dibuat dengan menghantar perkara-perkara berikut:
a. Pegawai Kadet
-Salinan keputusan peperiksaan sebenar SPM atau setaraf
b. Pegawai Graduan
-Salinan Sijil SPM/Percubaan atau setaraf.
-Salinan Ijazah
-Salinan transkrip akademik
-Surat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) bagi calon IPTS dan luar negara.
-Kad Pengenalan.
-Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja).
-Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini.
** Kesemua dokumen-dokumen ini hendaklah disahkan terlebih dahulu. Beserta sampul surat berukuran 20 X 28 sm beralamat sendiri & bersetem 50 sen ( sila nyatakan sama ada pilihan anda ialah Tentera Darat atau Tentera Laut DiRaja Malaysia atau Tentera Udara DiRaja Malaysia ) kepada :-
Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
( Untuk Perhatian : Sel C )
Karung Berkunci No 11006
50990 KUALA LUMPUR
Calon-calon askar-Lasykar yang sedang berkhidmat. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang BAT D 59 melalui pasukan/perkhidmatan masing-masing.
Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi telefon Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588, 03-20712391, 03-20714526 dan 03-20712387 , Faks 03-26985340 atau datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Markas ATM, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa keputusan Peperiksaan Sebenar/Percubaan SPM atau setaraf.
Sila bawa dokumen-dokumen asal semasa melapur di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan kemudian
3. Adakah semua pemohon akan dipanggil untuk temuduga?
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menjalani temuduga dan ujian pemilihan yang akan diadakan di pusat-pusat pemilihan yang akan ditetapkan kemudian.
4. Apakah jenis-jenis perkhidmatan yang ada?
Kategori perkhidmatan pegawai-pegawai ATM ialah: Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Pegawai Tauliah Tetap)
Pegawai Tauliah Jangka Pendek
Perkhidmatan – Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon sebagai Pegawai Tauliah Tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pegawai Kadet – Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda atau setaraf.
Pegawai Graduan – Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
Pegawai Tugas Ikhtisas – Akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten atau setaraf.
Senarai Tugas – Pegawai-pegawai terbahagi kepada kategori senarai seperti berikut:
* Senarai Tugas Am >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan daripada Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan yang ditauliahkan secara terus.
* Senarai Tugas Ikhtisas >> Pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran/kelulusan profesional di dalam bidang-bidang tertentu dan ditauliahkan secara terus.
* Senarai Tugas Khas >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar (anggota biasa) kepada pegawai.
Pegawai Tauliah Tetap
Perkhidmatan – Jangkamasa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen. Pegawai-pegawai lulusan ATMA akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Tetap dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
5. Apakah Kriteria Umum Untuk Kenaikan Pangkat?
- Pegawai hendaklah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, terdapat kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
6. Bagaimana Permohonan Untuk Menjadi Anggota Lain-Lain Pangkat?
-Bagi yang berminat untuk menyertai perkhidmatan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat, sila hadir terus ke pusat pemilihan perajurit muda sebagaimana yang diiklankan di laman web dan akhbar-akhbar tempatan.
