PENGENALAN
ATS merupakan satu anugerah yang khusus kepada juruterbang yang telah mempamerkan sikap profesionalisme, airmanship yang baik, berketerampilan tinggi dalam mengetuai pesawat serta menerbangkan pesawat dalam keadaan selamat di dalam TUDM. Tiada persaingan bagi merebut anugerah ini, apa yang penting juruterbang akan dinilai melalui prestasinya sendiri.

Pin Anugerah Terbang Selamat
KRITERIA PENCALONAN
Hanya juruterbang TUDM yang layak untuk dicalonkan bagi anugerah ini. Namun seseorang juruterbang itu mestilah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut:
a. Calon merupakan juruterbang TUDM yang sah.
b. Calon adalah komander pesawat.
c. Calon telah mencapai jam penerbangan individu seperti berikut (Captain Hours sahaja) untuk pelbagai anugerah pin:
|
Jenis Pesawat |
Jenis Anugerah |
||
|
Pin Gangsa
|
Pin Perak
|
Pin Emas
|
|
|
Pejuang |
1,000 jam |
2,000 jam |
3,000 jam |
|
Helikopter |
1,500 jam |
3,000 jam |
4,500 jam |
|
Angkut |
2,000 jam |
4,000 jam |
6,000 jam |
Anugerah ini akan disampaikan dalam bentuk Sijil Perakuan dan Pin Kecil. Pin Kecil hendaklah dipakai oleh penerima anugerah pada pakaian seragam yang diluluskan mengikut tatacara pemakaian yang dibenarkan.



