16 Mei 14 : Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil Kursus Penyelia Kanan Siri 197/14

DSC_0051 DSC_0044

SUBANG, 16 Mei 14 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Penyelia Kanan telah disempurnakan oleh Ketua Staf Operasi Markas No 1 Div Udara, Brig Jen Dato’ Othman bin Abdullah TUDM di Dewan Pahlawan, PLPP. Kursus ini telah berlangsung selama 8 minggu bermula 18 Mac hingga 16 Mei 14.  Seramai 99 anggota dari pelbagai ketukangan telah lulus dengan jayanya.

Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua supaya dapat menggunakan saluran komunikasi dua hala peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan dan perlu dimanfaatkan dengan sewajarnya demi kepentingan organisasi.

Anugerah Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh  Kpl U Madlan bin Harun dari ketukangan Avionik yang memperolehi Gred A1. Ketua Staf Operasi Markas No 1 Div Udara, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan jurulatih PLPP yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan kursus ini dengan lancar.

16 Mei 14 : Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan Udara Kuantan

KTN_3179 KTN_3235 KTN_3482

Kuantan, 16 Mei 14 – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan Udara Kuantan telah diadakan bertempat di Dispersal Hangar Cawang Kejuruteraan. Perbarisan ini adalah perbarisan pertama yang diadakan semenjak Komander Pangkalan ,YBhg Brig Jen Hj Yazid bin Arshad TUDM mengambil alih jawatan pada 17 Apr 14 yang lalu.

Dalam perbarisan tersebut turut diadakan pemakaian pangkat kepada seorang pegawai serta tujuh orang anggota LLP serta penyampaian Sijil Khidmat Terpuji kepada tujuh anggota pangkalan.

Semua peringkat anggota turut di dipertontonkan dengan persembahan oleh “Tarantula Crew” iaitu projek KIK dari Cawang Operasi PU Kuantan yang dikenali sebagai Unmmaned Airfield Inspection (UAI). Projek ini telah memenangi pameran terbaik semasa konvensyen KIK  2014 peringkat kementerian pertahanan yang telah diadakan pada 6 – 7 Mei 14 bertempat di MINDEF. Tujuan Unmmaned Airfield Inspection (UAI) di wujudkan ialah bagi menangani permasalahan semasa pemeriksaan kawasan lapangan terbang.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah upacara memotong kek oleh anggota pangkalan yang meraikan hari lahir pada bulan Jan hingga Mei 2014.

16 Mei 14 : TUDM Pamer Kemajuan Dalam Olahraga ATM Ke-51

KUALA LUMPUR, 16 Mei 14 – Kontinjen Olahraga TUDM telah mempamerkan aksi yang membanggakan apabila berjaya meraih enam pingat perak dan enam pingat gangsa di dalam Kejohanan Olahraga ATM yang ke-51 yang diadakan di Stadium Mini, Bukit Jalil pada 14 hingga 16 Mei 14.

Seramai lima atlet dari kontinjen TUDM juga telah terpilih mewakili ATM di dalam Kejohanan Olahraga MAKSAK dan Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan 2014 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah menyempurnakan penyampaian pingat kepada para pemenang dan sekaligus menutup kejohanan pada kali ini.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin dan AKS Materiel,  YBhg Mej Jen Dato Azizan bin Shaari TUDM bagi mewakili Panglima Tentera Udara.

16 Mei 14 : Pertandingan Ping Pong Antara Seksyen PU Kuantan

DSC_0206

KUANTAN, 16 Mei 14 – Pertandingan Ping Pong antara Skn PU Kuantan telah diadakan mulai 14 hingga 16 Mei 14. Semua wakil dari setiap seksyen telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini bagi merebut piala pusingan.

Cawang Kejuruteraan dan No 10 Skuadron telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dalam pertandingan tersebut dan Cawang Kejuruteraan telah muncul sebagai johan pertandingan, naib johan pula disandang oleh No 10 Skuadron, manakala tempat ketiga jatuh kepada Skn 320.

Turut diadakan ialah pertandingan ping pong bagi kategori perseorangan terbuka yang di menangi oleh Kpl U Iswandi dari No 6 Skn. Hadiah dan piala pusingan telah disampaikan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Hj Yazid bin Arshad TUDM.

16 Mei 14 : Mega FOD Sweep Kolej

DSC_0029_resize DSC_0009_resize DSC_0013_resize DSC_0022_resize

ALOR SETAR, 16 Mei 14 – Kolej Tentera Udara telah mengadakan Mega FOD Sweep di seluruh kawasan shelter. Program ini bertujuan mengutip benda asing di sekitar kawasan shelter dan Cabang Pergerakan Udara bagi mengelakkan berlakunya kemalangan pesawat. Program ini diharap dapat menerapkan budaya mementingkan keselamatan dikalangan anggota serta pesawat yang dimiliki TUDM.

16 Mei 14 : Perasmian Galeri PULATIBANG 2

DSC_0059

DSC_0061DSC_0063

ALOR SETAR, 16 Mei 14 – PULATIBANG 2 telah menubuhkan sebuah galeri bagi mengimbau sejarah penubuhanya.

Pegawai Memerintah PLTB 2, Lt Kol Syamsul Afkar bin Abd Rahman TUDM telah mengiringi Komandan Kolej Kol Sardon bin Hassan TUDM bagi merasmikan galeri tersebut.

Turut hadir Pegawai Memerintah PULATIBANG  1, Kol Yee Yit Hong TUDM dan semua pegawai-pegawai kanan Kolej.

16 Mei 14 : Majlis Pembukaan Kursus Flying Instructor Course (FIC) Dan Kursus Qualified Cabin Instructor (QCI)

DSC_0074_resize DSC_0065_resize

ALOR SETAR, 16 Mei 14 – Majlis pembukaan Kursus Flying Instructor Course (FIC) Siri 52/14 dan Qualified Cabin Instructor (QCI) Siri 1/14 telah berlangsung di Dewan Taming Sari, Kolej Tentera Udara.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Komandan Kolej, Kol Sardon bin Hassan TUDM. Seramai 11 orang pegawai telah terpilih mengikuti Kursus FIC yang bermula pada 12 Mei sehingga 14 Nov 14 .

Manakal Kursus Qualified Cabin Instructor (QCI) pula seramai 25 peserta dari Kuatermaster Udara dan Pramugari telah bermula pada 14 Mei hingga 27 Jun 14.

15 Mei 14 : Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil Kursus Penyelia Rendah Siri 251/14

DSC_0024 [1024x768] DSC_0012 [1024x768] DSC_0015 [1024x768]

SUBANG, 15 Mei 14 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Penyelia Rendah telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM di Dewan Pahlawan, PLPP. Kursus ini telah berlangsung selama 8 minggu bermula 25 Mac hingga 16 Mei 14.  Seramai 100 anggota dari pelbagai ketukangan telah lulus dengan jayanya.

Anugerah Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh LUK Ahmad Zaidi bin Abdullah dari ketukangan PKTU yang memperolehi Gred A1 dari Pangkalan Udara Butterworth.

Komander Pangkalan Udara Subang, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan jurulatih PLPP yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan kursus ini dengan lancar.

15 Mei 14 : Majlis Penyerahan Wang Khairat Kematian Sumbangan Wisma Bintara Kepada Balu Allahyarham F/Sjn Azhar bin Hamzah

KTN_3009

KUANTAN, 15 Mei 14 – Satu majlis penyerahan cek sumbangan wang khairat kematian daripada Wisma Bintara PU Kuantan kepada balu Allahyarham F/Sjn Azharbin Hamzah telah disampaikan oleh Timbalan YDP Wisma Bintara, PW U I Mohd Harshikin bin Dahalan.

Wang sumbangan tersebut telah diterima oleh balu  Allahyarham, Puan Zuraini bt Mat Jusoh. Allahyarham F/Sjn Azhar bin Hamzah yang berkhidmat di INSPRA telah kembali ke rahmatullah pada 6 Dis 12 akibat penyakit kanser.