No 19 Skn
Sejarah
Perjawatan No 19 Skuadron secara rasminya telah diluluskan pada bulan Ogos 1995 yang merupakan Skn Operasi. Penubuhan Fizikalnya telah mula beroperasi pada bulan Jan 1996 dan pada keseluruhannya Skn ini beroperasi sepenuhnya sebagai sebuahSkn Operasi pada Jul 1996 dengan Jumlah Kekuatan Pegawai dan Lain-lain anggota Skn ini menempatkan sebanyak 12 buah pesawat Jenis MiG-29N yang merupakan pesawat pejuang
Matlamat
Untuk mempertahankan kedaulatan ruang angkasa Negara melalui Operasi “Counter Air” dengan penggunaan pesawat dan persenjataan yang berkaitan dengan berkesan
Objektif
Menentukan juruterbang dan semua anggota terlatih pada tahap kemahiran yang diperlukan dan sentiasa berada ditahap yang tinggi
Menentukan keadaan pesawat dan peralatan persenjataan berkaitan berada pada tahap operasi yang tinggi
Meningkatkan tahap disiplin, moral dan semangat setiakawan anggota-anggota Skn
Perjawatan
Skn ini diketuai oleh seorang juruterbang berpangkat Kol TUDM sebagai Pegawai Memerintah Bahagian Operasi, Bahagian Bantuan, Bahagian Khidmat (Bantuan Khidmat Logistik dan Khidmat Tadbir, Sel Risik dan Sel Piawaian. Semuanya dipertanggungjawabkan terus kepada Pegawai Memerintah.
