No 18 Skn

No 18 Skn

Latarbelakang

Di dalam membangunkan sistem pertahanan negara amnya serta pertahanan udara khasnya, kerajaan Malaysia pada tahun 1993 telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Boeing Aerospace Amerika Syarikat untuk pembelian pesawat F/A-18D Hornet ‘Multi Role All Weather Aircraft’ tanggal 09 Dis 1993. Sejajar dengan pembelian, sepasukan tim projek yang terdiri daripada 80 pegawai dan lain-lain pangkat TUDM telah dihantar untuk menerima latihan pengendalian serta baikpulih pesawat.

Skuadron baru ini dinamakan NO 18 SKUADRON telah membuka era baru di dalam inbentori pesawat-pesawat TUDM, khasnya pesawat pejuang ‘multirole’. Sejarah penubuhan skn bermula dari penubuhan tim pendahuluan yand terdiri dari 08 x pegawai/juruterbang serta 33 x juruteknik LLP.

Menjadi kebanggan negara F/A-18D Hornet

Pesawat pertama F/A-18D telah mendarat di Malaysia iaitu di Pangkalan Udara Butterworth tepat jam 1209H pada 27 Mei 1997. Empat pesawat yang pertama telah diterbangkan dari St Louis, Missouri Amerika Syarikat oleh juruterbang-juruterbang ‘US Navy’ bersama-sama dengan empat juruterbang anak watan kita.

Kemampuannya sentiasa digeruni lawan

Pesawat-pesawat tersebut telah berlepas dari St Louis pada 20 Mei 1997 dan membuat 2 perhentian di Hawaii dan Guam sebelum tiba di Malaysia 24 jam kemudian. Di sepanjang penerbangan, pesawat-pesawat itu juga telah melaksanakan 30 x pengisian minyak udara ke udara ( Air to Air Refueling ).

Kecekapan yang dipamerkan, Kesetiaan dicurahkan.

Dengan ketibaan pesawat, No 18 Skn dengan rasminya telah ditubuhkan pada tanggal 01 JULAI 1997.

Gagah mempertahankan ruang angkasa negara

Tugas utama skn selaku ‘Operational Sqn’ adalah untuk mempertahankan ruang angkasa Malaysia dari dicerobohi. Dilengkapi dengan teknologi moden yang merangkumi sistem persenjataan pswt, radar, avionik serta ‘easy maintainance’ membolehkan pesawat ini beroperasi dari mana-mana pangkalan barisan hadapan ( Forward Operating Base ) dengan kelengkapan logistik yang minima.

Pengoperasian serangan ataupun pemintasan pesawat di waktu malam dibantu oleh penggunaan NVG ( Night Vision Goggles ), FLIR ( Forward Looking Infra Red ) beserta dengan kemampuan sistem radar pesawat APG 73 ‘multi mode pulse Doppler radar’. Manakala sistem persenjataan pesawat adalah seperti berikut:

Tugas Utama

Melaksanakan misi ‘day / night strike and interdiction’.

Melaksanakan misi ‘day / night maritime strike’.

Melaksanakan misi ‘offensive counter air operations’.

Tugas Skunder

Melaksanakan misi ‘air superiority / air defence operations’.

Sejumlah 12 x juruterbang dari pelbagai skn pejuang telah diserapkan ke No 18 Skn sebagai ‘pioneer aircrew’. Penerbangan-penerbangan yang dilaksanakan berlandaskan konsep juruterbang dan JSS (Juru Sensor Senjata) atau ‘pilot and WSO (Weapon System Operators)’. Pengajian akedemik atau ‘ground school’ telah dilaksanakan pada bulan Jun 1997 dan seterusnya diikuti dengan fasa penerbangan. Pada 08 Ogos 1997, sejarah telah terlakar di dalam dairi skn dengan penerbangan solo pertama anak watan di dalam pesawat F/A18D. Semenjak itu, skn telah terlibat dengan pelbagai misi dan penugasan samada di dalam TUDM mahupun yang melibatkan negara-negara luar. Pada 28 Ogos 1997, baki 04 x pswt F/A18D telah tiba di Pangkalan Udara Butterworth untuk mencukupkan jumlah keseluruhan kekuatan pesawat di tanahair kita.

Walaupun kesemua anak-anak kapal masih baru di dalam pengendalian pesawat ini tetapi berbekalkan semangat “MALAYSIA BOLEH” mereka telah melakukan pelbagai pertunjukkan udara. Ini termasuk terbang lintas Hari Kebangsaan, pertunjukkan udara F1 Sepang dan LIMA (Langkawi International Maritime And Aerospace) yang mendapat penghormatan delegasi-delegasi negara luar khasnya di dalam pertunjukkan penerbangan aerobatik serta pengisian minyak udara ke udara. Tanggal 31 Ogos 2002 semasa perarakan Hari Kebangsaan, skn telah diberi penghormatan untuk melaksanakan terbang lintas hormat kelapan-lapan pesawat F/A18D.

Di kalangan kelompok pesawat-pesawat pejuang di seluruh dunia, ‘Hornet’ telah membuktikan kemampuan sebagai sebuah pesawat pejuang yang mampu untuk melaksanakan pelbagai misi di dalam apa jua keadaan cuaca. Jesteru itu, pesawat F/A18D di bawah naungan NO 18 SKUADRON telah mengharumkan negara kita Malaysia khasnya TUDM di mata dunia dan meningkatkan kemampuan sistem pertahanan negara setanding dengan negara-negara luar khasnya di rantau ASEAN.

Pemerintah

Kol Jusoh bin Embung TUDM ( 1997 – 2000 )

Kol Kaharuddin bin Mohd Radzi TUDM ( 2001 – 2003 )

Kol Roshaimi bin Zakaria TUDM ( 2004 – 2006 )

Kol Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM ( 2007 – 2009)

Kol Mohd Faudzi Ahmad TUDM (Jan 2009 – sekarang)