No 16 Skn
Sejarah
Sejarah penubuhan No 16 Skuadron bermula apabila kerajaan Malaysia meluluskan pembelian 04 x Pesawat Beechraft superking air B200t buatan USA yang berjumlah RM 100,000,000.00 pada tahun 1992 di bawah Rancangan Malaysia Ke 6. Satu kumpulan Tim Pendahuluan Projek Pesawat Maritim Ringan ditumpangkan ke Pangkalan Udara Subang pada pertengahan tahun 1992, seterusnya sejumlah anggota pelbagai ketukangan telah ditumpangkan ke Pangkalan Udara Subang mulai 19 Disember 1993. Perjawatan No 16 Skuadron telah diluluskan melalui Waren Perjawatan No AT/5093/1/94 bertarikh 18 Ogos 1994. Kekuatan perjawatan ialah seramai 42 orang pegawai dan 116 LLP. Skuadron ini telah beroperasi dengan rasminya pada 01 Oktober 1994.
Keempat-empat buah pesawat NI-5509, N-80024, N-80027 dan N-80048 telah diterbangkan dari Wichita, Amerika Syarikat dan tiba di TUDM Subang pada 12 Mei 1994. Jumlah jam penerbangan ialah 40.7 jam. Kumpulan pertama (Pioneer Team) yang dipertanggungjawabkan untuk menerbangkan 4 buah pesawat Beechcraft B200T adalah seperti berikut:
Juruterbang
- Lt Kol Che Akmar bin Mohd Nor TUDM (370428)
- Mej Tan Ah Tong TUDM (370669)
- Kapt Suhaimi bin Abd Kadir TUDM (371186)
- Kapt Norhaizad bin Ismail TUDM (371456)
Jurumalim
- Mej Dahalan bin Mat Jani TUDM (370429)
- Mej Mohd Nizal bin Abdullah TUDM (371160)
- Kapt Abd Rashid bin Shuhaime TUDM (371221)
- Kapt Mohd Sharil bin Mohd Ariffin TUDM (371773)
Observer
- 706238 FSjn Sazali bin Ariffin
- 707965 FSjn Ridzuan bin Zakaria
Tim PDI
- Kol Abdullah bin Mohamad TUDM (200615)
- Mej Zamani bin Mohd Amin TUDM (370741)
- Kapt Mohd Fadzar bin Suhada TUDM (371887)
- Kapt Rosli bin Shamsuddin TUDM (371356)
- Kapt Adeeb bin Mohd Ali TUDM (372035)
Acara majlis tepung tawar dan penyerahan pesawat kepada Pegawai Memerintah No 16 Skuadron iaitu Lt Kol Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah dilakukan oleh Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Abdul Ghani Aziz TUDM pada 23 Mei 1994. Skuadron ini telah beroperasi dengan rasminya pada 01 Okt 1994. Lt Kol Che Akmar bin Mohd Nor TUDM (370428) telah menjawat jawatan Pegawai Memerintah No 16 Skuadron yang pertama sehingga ianya digantikan oleh Lt Kol Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM (370426). Upacara serah menyerah tugas telah diadakan dengan rasminya pada 13 Mac 1995.
Seorang wakil teknikal dari pembekal pesawat iaitu En Lionel Rose telah ditempatkan di skuadron ini untuk membantu tugas-tugas penyelenggaraan pesawat. Tempoh bertugas adalah selama satu tahun bermula dari 01 Jun1994. Dalam memahirkan anggota skuadron mengendalikan dan menyelenggara pesawat, satu projek usahasama TUDM/SAPURA Beechcraft B200T telah ditandatangani pada 03 November 1993. Projek yang dikenali sebagai Computer Base Training (CBT) telah siap beroperasi mulai 31 Mei 1999.
No 16 Skuadron berperanan di dalam operasi ketenteraan dan operasi penguatkuasaan maritim udara serta operasi mencari dan menyelamat yang merangkumi perairan semenanjung malaysia, sabah & sarawak. Antara tugas utama skuadron ini adalah :
- Memberi amaran awal/lapor segera pengenalan kapal-kapal di perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)
- Mengawasi dan melapor kegiatan di kawasan pelantar minyak dan zon menangkap ikan
- Mengawasi dan meronda kawasan terumbu yang diduduki dan dituntut
- Mengawasi dan melapor kemasukan pendatang tanpa izin dan aktiviti pencemaran laut
Sepanjang penubuhan No 16 Skn ini, ia telah diterajui oleh beberapa pegawai memerintah yang berkaliber dan berwawasan tinggi antaranya adalah :
- Lt Kol Che Akmar Bin Mohd Nor TUDM memegang jawatan dariada Mac 94 hingga 28 Feb 95.
- Lt Kol Azizool Arif Bin Abd Ghani TUDM memegang jawatan daripada 01 Mac 95 hngga 07 Feb 99.
- Lt KOl Abdul Manaf Bin Md. Zaid TUDM memegang jawatan daripada 08 Feb 99 hingga 02 Feb 03.
- Lt Kol Suhaimi Bin AbdulKadir TUDM memegang jawatan daripada 03 Feb 03 hingga 31Mac 05.
- Lt Kol Dzulkarnain Bin Hj Ahmad TUDM memegang jawatan daripada 01 Apr 05 hingga 07 Mac 08.
- Lt Kol Zainal Bin Ariffin TUDM memegang jawtan daripada 08 Mac 08 hingga 13 Okt 08.
- Lt Kol Kieron Singh A/L Santa Singh TUDM memegang jawatan daripada 14 Okt 08 hingga 07 Jan 11.
- Lt Kol Shamsudin Bin Kassim TUDM memegang jawatan daripada08 Jan 11 hingga 02 Okt 11.
- Lt Kol Omar Bin Dawami TUDM memegang jawatan daripada 03 Ok 11 hingga kini.
Selama hampir 18 tahun beroperasi, No 16 Skuadron telah terlibat di dalam beberapa operasi dan juga latihan seperti berikut:
- 1. PATKOR OPTIMA
- Operasi bersama TLDM dan TNI di perairan Selat Melaka
- 2. SAMUDERA GAGAH
- Operasi bersama TLDM, PDRM, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perikanan
- 3. PHILMAL
- Operasi bersama negara Filipina di perairan Sabah/dd>
- 4. OPS TERUMBU
- Operasi di perairan Spratly dan perairan Sempadan Sabah
- 5. EX KERISMAS
- Latihan bersama di antara TLDM dan TUDM
- 6. OPS PASIR UDARA
- Operasi di perairan Sabah
- 7. EX BERSAMA SHIELD
- Latihan bersama lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Australia, United Kingdom dan New Zealand
- 8. ANGKASARAYA
- Latihan bersama tiga perkhidmatan ATM
- 9. CARAT
- Latihan bersama USA
- 10. OPS MAYANG SETIA
- Operasi di perairan Sabah
11. OPS DASAR
12. OPERASI PERSURATAN/GATEWAY
13. EKS. CENDERAWASIH/OPS PENJARAK
14. EKS. PATKOR MALINDO
15. EKS. MAYANG SARI
16. EKS. OPS PASIR DASAR
17. EKS. OPS PASIR PERSURATAN
18. EKS. OPS PASIR-LAPORAN DECT KOMANDER
19. EKS. SINAR BULAN
20. EKS. PAHLAWAN
21. EKS. STARFISH
22. EKS. JAGUH
23. EKS. TUMPAHAN MINYAK
24. EKS.KAKADU
25. EKS. THALAY LAUT
26. EKS. EYES IN THE SKY (Eis)
27. EKS. LAPORAN EYES IN THE SKY (Eis)
28. EKS. LINDNG BENUA
29. EKS. OSTEX
30. EKS. BERSAMA LIMA
31. EKS. STARDEX
32. EKS. ADEX
33. EKS. FLYING FISH
34. SIGNAL EKS. FLYINF FISH
35. EKS. AIR THAMAL
36. EKS. ELANG MALINDO
37. EKS. MALBRU
38. EKS. MALAPURA
39. EKS. BERSAMA PADU
40. OPS PATKOR/OPS KEKAL WARISAN
41. OPS SULUH/OPS LANCAR/ OPS MENTARI
42. OPS TUKAN
43. OPS SRI PETALING
44. OPS TAMING SARI
45. OPS SAREX MALINDO
46. EKS. SEACAT
47. OPS CURIGA
48. EKS. PARADISE
