No 15 Skn

No 15 Skn

Sejarah

No 15 Skuadron di tubuhkan asalnya mengambil perjawatan Pusat latihan Terbang 3 (Pulatibang 3). PULATIBANG 3 talah ditubuhkan dengan kekuatan 12 x pesawat pejuang ringan jenis Aermacchi MB 339A telah diletakkan dibawah tanggungjawab Komandan. Ianya telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun dan berjaya melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang yang ada pada masa ini. Unit ini telah melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang yang ada pada masa ini. Unit ini telah dipindahkan ke Pangkalan TUDM Butterworth pada 15 Dis 93.

Dengan adanya kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada berbagai faktor pada struktur TUDM yang lama dan bagi meningkatkan tahap keberkesanan TUDM, maka satu perubahan yang radikal dan menyeluruh telahpun dilaksanakan terhadap Organisasi TUDM. Salah satu ciri baru organisasi adalah untuk menentukan organisasi unit tempur dibarisan hadapan adalah kohsif, lengkap dan berkeupayaan kental sebagai skuadron mendiri (Autonomous Sqn).

Sejajar dengan pembelian pesawat Hawk mengikut program pembelian melalui ‘memorandum of understanding’ (MOU) bersama kerajaan United Kingdom yang dimeterai pada 10 Dis 90, maka pihak atasan menyedari keperluan mengwujudkan organisasi baru bagi memastikan pesawat-pesawat ini beroperasi dengan baik dan lancar.

Pembangunan pesawat MB 339A dan BaE Hawk diwujudkan bagi menjayakan semua bentuk program latihan, operasi dan juga senggaraan pesawat-pesawat dan segala alat bantuan yang berkaitan. Segala perancangan ini telah menjadi kenyataan dengan tertubuhnya No 15 Skn pada 01 Mac 94 dan Lt Kol Wong Lok Khuan TUDM telah dilantik menjadi Pegawai Memerintah yang pertama.

Nama-nama Pegawai Memerintah No. 15 (1995 Hingga Sekarang

LT KOL WONG LOK KHUAN TUDM (370666)
01 Jan 1995 – 30 Sep 1995
KOL LAU KONG CHENG TUDM (200752)
01 Okt 1995 – 04 Jan 1999
KOL ZAKARIA BIN SALLEH TUDM (370399)
05 Jan 1999 – 08 OKT 2000
KOL MARSALEH BIN HASSIM TUDM (370734)
01 Nov 2000 – 26 Jun 2003
KOL KAMALRUZAMAN BIN OTHMAN (371236)
27 Jun 2003 – 02 JAN 2005
KOL BHUPINDAR SINGH A/L PURAN SINGH (370388)
03 Jan 2005 – 30 OKT 2006
KOL MOHD FAUDZI BIN AHMAD TUDM (3000503)
30 Okt 2007 – 29 OKT 2007
KOL RASHID BIN MAJID TUDM (3002696)
02 JAN 2008 – Sekarang

Misi

UNTUK MELATIH JURUTERBANG PESAWAT PEJUANG DAN JURUTEKNIK PESAWAT PEJUAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN BARISAN HADAPAN MELALUI PENGGUNAAN ASET SKUADRON DENGAN EFEKTIF

Objektif Juruterbang

Untuk melatih juruterbang pesawat pejuang bagi pesawat MB 339a sebelum meneruskan kursus OCU pesawat Hawk.

Untuk melatih juruterbang pesawat pejuang ke status ‘Wingman’ bagi pesawat Hawk.

Melaksanakan program ‘Fighter Lead-In’ bagi bakal ‘Weapon Sensor Officer’ bagi pesawat F/A 18D menggunakan pesawat MB 339A.

Untuk melahirkan juruterbang pesawat pejuang yang memiliki nilai-nilai dan kemahiran untuk menjalankan tugas-tugas barisan hadapan.

Objektif Juruteknik

Untuk melatih juruteknik pesawat pejuang bagi keperluan penyelenggaraan serta kerja-kerja baik pulih barisan pertama Flait MB 339A dan Hawk 108/208 No. 6, 9 dan 15 Skn.

Menjadikan no. 15 Skuadron sebagai pusat penyediaan juruteknik-juruteknik pesawat Hawk 108/208 dan MB 339A dalam memenuhi keperluan skuadron-skuadron pesawat berkenaan bagi pendedahan awal ke arah peningkatan latihan penyelenggaraan pesawat yang lebih berteknologi tinggi.

MB 339A Dan HAWK PLTT

Menentukan semua juruterbang serta juruteknik pesawat MB 339A dan Hawk 108/208 memenuhi keperluan taraf pendarjahan dan piawaian sebagaimana yang telah digariskan dalam arahan-arahan berikut:

‘Tactic Manual’ dan ‘Ground Ops Doctrin’.

MU 202-3172-000-00-00 (MKTU Jil 7 Bk 2 – Kelayakan Kemahiran Kejuruteraan).

Lain-lain arahan semasa selari dengan perkembangan dan peningkatan teknologi terkini.