Untuk melaksanakan Operasi Udara yang mantap di Kawasan Wilayah Udara 1 yang boleh menepati strategi ketenteraan selaras dengan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingannya.
OBJEKTIF
Menentukan Unit-unit di bawah pemerintahan berupaya menjalankan tugas-tugas dan peranan yang ditetapkan dengan berkesan.
Menentukan kesesuaian dasar-dasar, perintah-perintah, peraturan-peraturan serta prosidur-prosidur yang sedia ada dipatuhi dan dihayati oleh semua lapisan TUDM di bawah pemerintahan setiap masa.
Menentukan kesiapsiagaan aset-aset di bawah pemerintahan sentiasa berada dalam tahap yang tinggi.
Melatih dan meningkatkan keupayaan pasukan Operasi Udara selaras dengan pembangunan sistem-sistem persenjataan sedia ada.
Membangun dan meningkatkan pengetahuan di idang ‘Information Technology’ (IT) secara berterusan untuk digunapakai di dalam kontek peperangan udara moden.
SEJARAH
Markas ini pada asalnya menggunakan nama Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (MPPU) dan lebih dikenali sebagai MAHANUD. Perjawatan bagi MAHANUD telah diluluskan pada 10 Feb 89.
MAHANUD adalah satu markas pemerintahan yang bertanggungjawab memerintah, mengawal, mengembang dan mentadbir anggota-anggota dan mensiapsiagakan sumber-sumber yang diperuntukkan supaya sentiasa bersedia untuk digerakkan sebagai satu sistem peperangan yang berperanan mengesan, mengenal, memintas dan meusnah tentera musuh yang cuba membolosi ruang angkasa Malaysia atau yang cuba menghalang pergerakan tentera sahabat.
Peranan pemerintahan MAHANUD adalah meliputi:
Mempertahankan ruangangkasa nasional.
Opperasi tindakkbalas udara.
Serangan dari udara (Air Interdiction)
Bantuan rapat dari udara (CAS).
Operasi MARITIM Udara.
Peninjau udara.
Panglima Pertahanan Udara bertanggungjawab memerintah, mengawal dan mentadbir segala sumber dan tenaga dibawah perintah berpandukan kapada dasar-dasar, perancangan dan arahan yang dikeluarkan oleh Departmen Tentera Udara (DTU).
MAHANUD adalah bertanggungjawab untuk:
Mentafsirkan dasar-dasar, perancangan dan menyebarkan arahan bersangkutan dari DTU, khususnya yang berasangkutan dengan pertahanan udara, serangan udara, srangan rapat dari udara, operasi maritim dan segala perkara yang melibatkan fungsi-fungsi unit dibawah pemerintahan.
Menggubal plan-plan kontigensi dan taktikal yang memenuhi keperluan semua tindakan operasi dan bantuan mendesak dalam memenuhi tanggungjawab pemerintahan.
Mengeluar dan mengawasi arahan-arahan pemerintahan, perintah-perintah dan panduan-panduan untuk menguatkuasa pengurusan penggunaan dan atur kedudukan semua sumber tenaga dibawah pemerintahan.
Menggubal dan menyediakan doktrin-doktrin operasi dan bantuan prosidur yang diperlukan demi keberkesanan pengurusan operasi sumber-sumber tenaga dibawah pemerintahan termasuk juga sumber-sumber yang berkemungkinan diperuntukan.
Menentukan keadaan siap sedia tempur pasukan-pasukan dan sumber tenaga dibawah pemerintahan terutama dari segi kemahiran dan komitmen anggota-anggota, pembekal alat yang mencukupi dan prestasi produktif semua sumber yanng ada.
Menentukan penggunaan optimum sumber-sumber yang diperuntukan melalui sistem-sistem pengurusan yang berkenaan dan pengukuran prestasi.
Mengambil bahagian didalam perancangan dan pelaksanaan latihan-latihan bersama dengan tentera-tentera nasinal dan asing.
Menggubal dan mengemaskini ’Rules of Engagement’ yang berpatutan.
Membentuk dan menguatkuasa zon-zon pengenalan (Air Defence Identification Zone).
Melancarkan semua operasi menangkis pencerobohan udara oleh seteru.
Menentukan kecekapan, semangat dan disiplin semua anggota dibawah pemerintahan dan lain-lain yang diuntukkan.
Berhubung dengan semua formasi atasan dan setaraf dari semua perkhidmatan meliputi keanggotan dan peralatan anggota belanjawan dan latihan.
Menentukan semua aset kepunyaan pemerintahan dijaga dengan rapi dan selamat.
Memastikan keselamatan pemerintahan sentiasa mantap.
Melaksnakan tugas-tugas tambahan yang diperuntukan dimasa kecemasan dari PTU.
Struktur organisasi MAHANUD adalah dibahagikan kepada Bahagian dan Cawangan seperti berikut:
Khidmat tempatan.
Pusat Operasi Pertahanan Udara.
Keselamatan Penerbangan dan Piawaian.
Opersasi.
Bantuan.
Perisikan Udara (RISUD)
PANGKALAN DAN UNIT DIBAWAH NAUNGAN
Pangkalan Udara Butterworth
Pangkalan Udara Kuantan
Pangkalan Udara Gong Kedak
Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Pangkalan Udara Subang
No 2 Skn
No 3 Skn
No 6 Skn
No 10 Skn
No 15 Skn
No 16 Skn
No 17 Skn
No 18 Skn
No 19 Skn
No 20 Skn
Skn 310
skn 312
Skn 320
Skn 322
Skn 323
Skn 401 Starbust
PUKALUB Subang (JATCC)
Terminal Perluru 1
Terminal Perluru 2
Terminal Perluru 3
Muzium TUDM
Pancaragam TUDM
