Markas Logistik Udara
Sejarah
TUDM ditubuhkan pada tahun 1958 (TUP pada masa itu) dengan hanya mempunyai pasukan nukleus yang terdiri daripada pesawat-pesawat jenis Twin Pioneer (Rajawali) Provost dan Single Pioneer dan sebilangan 14 anggota yang telah ditukarkan daripada RAF (M). Tiga anggota daripadanya adalah anggota Lojistik. Semua pesawat tersebut ditempatkan di Stesen TUDM KL (dipanggil Stesen TUDM KL juga) yang merupakan Pangkalan ulung dan inventori peralatannya dipegang oleh Cawang Bekalan, Stesen TUDM KL.
Memandangkan bahawa semua pesawat terbang dan peralatan lain pada masa itu adalah jenis British maka keseluruhan bantuan lojistik daripada segi keperluan alatganti dan segala kelengkapan khas pesawat-pesawat diperolehi terus daripada pihak TUD British (RAF) melalui No. 389 MU (Maintenance Unit) yang bertempat di RAF Seletar, Singapura.
Dengan rancangan pembesaran TUDM serta penggunaan pesawat terbang dan peralatan bukan British peranan yang dimainkan oleh 389 MU telah menjadi terhad. Disamping itu terdapat kesukaran bagi Cawangan Bekalan TUDM KL untuk memberi bantuan lojistik kepada Pangkalan-pangkalan TUDM yang semakin bertambah bilangannya. Maka tibalah masanya bagi TUDM mengwujudkan satu Depot peralatan sendiri untuk memperolehi, menyimpan dan membekalkan segala keperluan peralatan khusus untuk pesawat-pesawat dan lain-lain sistem udara.
Pembangunan
Sejajar dengan itu, Jawatankuasa Pemandu AT di dalam laporannya pada bulan Jun 1962 telah mengesyorkan penubuhan sebuah Depot bagi TUDM. Syor tersebut telahpun mendapatkan kelulusan Kabinet Persekutuan pada 13 Feb 1962. Berikutan dari itu, pada tahun 1963 jawatan Pengawai Rentah berpangkat Sqn Ldr telah diluluskan untuk merancang pembangunan Depot tersebut.
Pada 01 Jan 1964 satu nukleus telah diwujudkan diketuai oleh Sqn Ldr EA Wiseman RAF dibantu oleh Flt Lt DM Phillips RAF bagi tujuan pelancaran Depot. Dengan itu lahirlah Depot Perkakas TUDM pada tarikh yang sama. Nukleus tersebut telah mula beroperasi di Cawang Bekalan, Stesen TUDM KL kerana bangunan dan fasilitas Depot belum siap sepenuhnya. Sementara itu kerja-kerja binaan bangunan-bangunan gudang dan pejabat telah pun berjalan di tapak lapang di dalam Stesen TUDM KL berdekatan terminal lapangan terbang KL (Cabang Pergerakan Udara sekarang) yang kini menjadi kompleks gudang MATRA 1 (Material Udara 1).
Pembinaan Depot telah siap pada awal tahun 1964 dan nukleus dari Cawang Bekalan Stesen TUDM KL telah berpindah ke tapak baru pada 1 Jun 1964 dan beroperasi sepenuhnya mulai tarikh yang sama. Pada permulaan, infrastruktur Depot hanya mempunyai gudang dan sebuah bangunan kecil untuk menempatkan pejabat-pejabat. Nama Depot Perkakas telah ditukarkan ke Depot Bekalan TUDM pada tahun 1968 dan seterusnya ke Depot Lojistik TUDM pada bulan Oktober 1987. Kini Depot dipanggil PUSAT MATERIAL UDARA.
Pada mulanya PMU ini bertanggungjawab terus kepada DTU (BTTU pada masa itu) dari segi operasi dan kepada Stesen TUDM KL dari segi pentadbiran. Mulai 26 Jun 72 ia telah diistiharkan sebuah unit “independent and self administered” oleh JK KTAT (CAFSC) dalam persidangannya ke 122 di KEMENTAH. Sejajar dengan rancangan menyusun semua pentadbiran Pangkalan-pangkalan TUDM maka Depot ini telah diletakkan di bawah pemerintahan dan kawalan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MABANUD) dengan Penubuhan Markas tersebut pada 5 Ogos 1980.
Pemerintahan Depot ini telah disandang oleh pegawai TUD British sehingga tahun 1967. Sqn Ldr E.A. Wiseman adalah Pegawai Rentah (gelaran ketika itu) yang pertama yang telah mengetuai Depot ini mulai 1 Jan 64 hingga Feb 66. Beliau telah diganti oleh seorang lagi pegawai RAF Sqn Ldr B C Chapman mulai Mac 66 hingga Mei 67. Mulai Jun 67 pemerintahan Depot telah diambilalih sepenuhnya oleh pegawai TUDM sendiri.
Lt Kol Loke Kok Lye merupakan pegawai TUDM yang pertama yang menjawat jawatan Pegawai Memerintah. Gelaran jawatan Pemerintah pada asalnya dipanggil Pegawai Rentah. Kemudian ditukar kepada Komandan pada 26 Jun 72. Mulai 19 Jan 73 gelaran jawatan telah ditukar lagi sekali kepada Pegawai Memerintah.
Organisasi Depot juga telah melalui beberapa rombakan bersesuaian dengan keadaan semasa TUDM supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan. Perjawatan pada 1 Jan 64 yang terdiri dari 4 pegawai dan 38 lain-lain anggota kesemuanya dari kepakaran lojistik, telah bertambah kepada 14 pegawai, 92 Ahli Udara (termasuk anggota Kejuruteraan dan Tadbir) dan 50 pekerja awam dalam tahun 1973. Pada tahun 1981 bilangan perjawatan dinaikan kepada 35 pegawai, 411 LLP dan 177 anggota awam. Kini bilangan perjawatan (tahun 1987) telah meningkat kepada 52 pegawai, 650 Ahli Udara dan 198 kakitangan awam. Bentuk organisasi juga telahpun diperluaskan daripada 2 cawangan pada permulaan kepada 10 cawangan sekarang.
Sejak penubuhannya, tanggungjawab Depot ini telah semakin bertambah. daripada 54 buah pesawat terbang dari 7 jenis pada tahun 1964, bilangan pesawat telah bertambah kepada 127 buah dari 10 jenis pada tahun 70an. Pada 1981 bilangan pesawat telah meningkat kepada 152 dari 13 jenis. Kini jumlah pesawat adalah 246 dari 16 jenis. Di samping itu, lain-lain peralatan bantuan teknikal seperti radar dan kenderaan khas juga telah meningkat dengan pesatnya.
Pada mulanya fungsi PMU merangkumi peruntukan, perolehan, penstoran, pemeliharaan dan pengeluaran semua peralatan khas udara. Walaubagaimanapun, fungsi perolehan telah diambilalih oleh DTU mulai awal tahun 1967. Kini PMU hanya bertanggungjawab ke atas perolehan keperluan keutamaan sahaja dan untuk perolehan perkhidmatan pemulihan komponen.
Pada tahun 1982 satu kompleks pejabat 4 tingkat serta sebuah bangunan khas yang moden untuk pemprosesan barangan telah dibina ditapak yang dahulunya menetapkan pejabat Aviation Services (M) Sdn Bhd. Kompleks baru ini telah dibuka dengan rasminya oleh Panglima Bantuan Udara pada 10 Nov 83.
Oleh kerana peningkatan bilangan inventori maka timbul lah masalah kesesakan ruang penstoran. Untuk mengatasi masalah ini satu rancangan pembesaran dan permodenan PMU telah dilancarkan di bawah RMK 5. Rancangan ini meliputi sebuah kompleks gudang yang baru di Subang dipanggil MATRA II (Material Udara II).
Setakat ini dua buah gudang ‘high rise storage’ yang moden telahpun siap dan dilengkapkan dengan sistem penstroran bermekanikal. Bangunan-bangunan serta kemudahan-kemudahan penting yang lain akan disiapkan kelak supaya Pusat ini dapat memainkan peranannya dengan lebih sempurna.
Dengan rancangan pembelian pesawat-pesawat jenis teknologi tinggi (hitec) di masa akan datang pengurusan inventori bermanual yang digunakan selama ini telah dirancang untuk memasuki era berkomputer sepenuhnya menjelang 1990 dan akan meletakkan PMU ke hadapan berbanding dengan Depot-Depot (ATM) yang lain. Ianya akan memberi stimulasi yang baru untuk Pusat ini menuju ke arah tahun 2000 dengan penuh azam supaya dapat memberi perkhidmatan/bantuan yang lebih berkesan pada zaman berikutnya.
Seterusnya Perjawatan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MABANUD) telah diluluskan dan berkuatkusan mulai 01 Nov 1996 yang bertanggungjawab di dalam memberi pengangkutan udara dan bantuan pergerakan udara kepada Angkatan Tentera Malaysia dan ajensi-ajensi Kerajaan yang lain.
Demi kepentingan pemusatan, Markas Pemerintahan Bantuan Udara adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi Bantuan Logistik kepada semua unit-unit TUDM. Selaras dengan tanggungjawab ini, tugas Markas Pemerintahan Bantuan Udara adalah memerintah, mengawal, membangun dan menjaga kekuatan dan kelengkapan yang diperuntukkan supaya sentiasa bersedia untuk digunakan di dalam pemberian bantuan yang berkesan kepada TUDM.
Pengujudan Markas Logistik Udara (MLU) pada 1 Mac 2001 adalah berlanjutan daripada perubahan Organisasi TUDM yang mana dahulunya elemen-elemen logistik berbentuk dokongan perbekalan tidak digabungkan dengan elemen-elemen kejuruteraan biarpun di bawah satu tampok pemerintahan yang sama. MLU adalah lanjutan dari organisasi Markas 3 Divisyen Udara yang telah dibubarkan.Pengstrukturan semula MLU adalah satu perubahan yang besar di dalam struktur organisasi baru TUDM
Pemerintah
- Brig Jen (U) Dato’ Muslim bin Ayob
- 20 Dis 1978 – 31 Dis 1984
- Brig Jen (U) Tunku Dato’ Jaafar Laksamana Tunku Nong Jiwa
- 01 Jan 1985 – 30 Sep 1985
- Brig Jen (U) Ahmad Merican bin S.T Merican
- 01 Okt 1985 – 01 Jan 1986
- Brig Jen Dato’ Fauzi bin Hussain TUDM
- 02 Jan 1986 – 31 Mac 1991
- Brig Jen Dato’ Nawi bin Alias TUDM
- 01 Apr 1991 – 16 Nov 1991
- Brig Jen Dato’ Richard Robless TUDM
- 17 Nov 1991 – 02 Mei 1995
- Brig Jen Abu Hassan bin Ali TUDM
- 03 Mei 1995 – 27 Jun 1997
- Brig Jen Dato’ Nik Ismail bin Nik Mohamed TUDM
- 28 Jun 1997 – 17 Sep 1999
- Brig Jen Mohamed Tazaai @ Halim Lope bin Abdul Rahman TUDM
- 18 Sep 1999 – 25 Jan 2000
- Brig Jen Dato’ Loke Kok Yee TUDM
- 26 Jan 2000 – 06 Dis 2002
- Brig Jen Othman bin Abd Majid TUDM
- 07 Dis 2002 – 26 Jun 2003
- Brig Jen Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM
- 27 Jun 2003 – 21 Feb 2007
- Mej Jen Dato’ Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM
- 22 Feb 2007 – sekarang
