Konsep dan Perlaksanaan

Konsep dan Perlaksanaan

Ketumbukan Pasukan (Our Force)

Aspek ini melihat kepada keupayaan dan kesiagaan TUDM. Kemampuan TUDM di masa depan seharusnya meliputi semua bentuk operasi (full spectrum), yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan berteknologi dan berkeupayaan tinggi untuk beroperasi di ruang udara, ruang angkasa dan dunia siber. Penguasaan ke tiga-tiga medium mampu menjadikan TUDM sebagai ketumbukan yang dinamik.

Kapasiti Organisasi (Organisation Capacity)

Aspek ini memberi fokus kepada usaha untuk memperkasakan TUDM menjadi sebuah ketumbukan udara yang dinamik, teguh dan fleksibel di dalam mengharungi cabaran dan kekangan melalui hasil integrasi 3 elemen iaitu man, machine and mission (3M). Keupayaan TUDM akan ditentukan oleh kekuatan organisasi dan halatuju bagi mempromosikan agenda dan objektif yang digariskan.

Doktrin (The Doctrine)

Aspek ini menitikberatkan kepada cara kerja dan prosidur yang perlu difahami untuk diaplikasikan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia memberi impak yang besar melalui usaha yang digariskan di dalam AF-NG supaya dapat memberi nafas baru melalui doktrin-doktrin yang kemaskini dan membangunkan doktrin-doktrin baru yang relevan dan terkini.

Warga Pasukan (The People)

Aspek ini merupakan faktor yang paling penting di dalam transformasi AF-NG di mana TUDM kelak akan dibarisi oleh pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berkualiti yang disokong oleh anggota yang berkemahiran dan komited. Budaya dan persekitaran TUDM masih bersandarkan kepada `5 nilai teras’ sedia ada, selain memberi penekanan kepada keterbukaan, inovatif dan kreativiti.