Kejohanan Skuasy MTU/MOU 2010

KUALA LUMPUR – Kejohanan Skuasy MTU/MOU 2010 telah disertai oleh pemain-pemain dari BSM, IJTU, JKO, AWC, KSSKA, JTMK dan PESAMA.  Kejohanan telah berlangsung di Gelanggang Skuasy KEMENTAH dan berlangsung secara liga. Johan Pertandingan dimenangi oleh Mej Zulkefli bin Samsu Hadi TUDM dari AWC dan Naib Johan adalah Lt Kol Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM.  Kol Lau Ing Hiong TUDM dari IGTU juga telah menyertai kejohanan dan mendapat tempat ketiga dalam liga Losers Pool.