28 Nov 12 : Dua Buah Pesawat EC725 Pertama TUDM Tiba Di Malaysia

SUBANG, 28 Nov 12 – Hari ini sejarah telah tercipta apabila dua buah pesawat baru EC725 yang bakal memasuki inventori TUDM tiba di Malaysia dengan menggunakan pesawat Antonov-124. Pesawat buatan firma Eurocopter dari Perancis ini telah diterbangkan dari Marignanc, Perancis dan mengambil masa lebih kurang 13 jam penerbangan sebelum tiba di Terminal Skypark, Subang tepat pada jam 2.20 petang tadi. Dua buah pesawat ini juga akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Malaysia dalam masa terdekat.

 

//