Super Hero VS Super Villain Night Pangkalan Udara Kuantan

KUANTAN – Wisma Perwira telah mengadakan Malam Superhero VS Super Vallian yang menampilkan corak pemakaian menyerupai watak dalam rancangan televisyen. Pelbagai aksi serta ragam pegawai serta ahli keluarga yang turut hadir dalam majlis yang ceria tersebut. Peserta digalakkan untuk memakai pelbagai bentuk kostum semasa majlis dijalankan. Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah pertandingan Treasure Hunt yang telah dijalankan pada sebelah pagi. Pertandingan tersebut dimenangani oleh Kumpulan 5 dan Dekorasi Terbaik pula telah dimenangi oleh Skn 401 GBAD. Raffles Draw juga telah diadakan bagi memeriahkan dengan pelbagai tawaran hadiah yang diberikan.

oleh: Lt Daiana TUDM