SERAH MENYERAH KETUA CAWANG KEJURUTERAAN PU LABUAN

LABUAN – Satu Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Cawang Kejuruteraan telah diadakan di Hanger Cawang Kejuruteraan di antara Mej Zamri Bin Rosdan TUDM dan Mej Quek Shu Yaw TUDM. Mej Zamri Bin Rosdan TUDM telah ditukarkan ke Markas Tentera Udara Bahagian Kejuruteraan sebagai Pegawai Staf 2 Pesawat Angkut. Perbarisan turut disaksikan oleh Komander Pangkalan Kol Abdul Mutalib bin Abdul Wahab TUDM.