GONG KEDAK – Bagi menghargai jasa para anggota dari Fleet Kenderaan, satu majlis makan malam telah diadakan di Restoran Anjung Bahtera. Sesungguhnya Komander Pangkalan sentiasa menghargai jasa-jasa para pemandu yang sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi kerana pemandu juga memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu tugasan. Komander Pangkalan juga amat berterima kasih kepada pemandu-pemandu kerana telah berjaya memastikan sasaran “Zero Accident” dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tahun 2010.oleh : Kapt Hasrul Taufek b Roslan TUDM
