Riadah Keluarga Pangkalan Udara Gong Kedak

GONG KEDAK – Komander Pangkalan Gong Kedak, Kol Mohd Faudzi bin Ahmad TUDM, Komander Pangkalan, telah mencetuskan idea bagi mengadakan aktiviti riadah hujung minggu untuk warga pangkalan bersama keluarga. Program soccer kids dilihat dapat memupuk nilai-nilai keluarga harmoni dan semangat kesukanan yang tinggi untuk anak-anak yang menyertai program ini. Pengerusi Program riadah hujung minggu keluaga ini adalah Lt Kol Ahmad Tuah bin Hj Azid TUDM dan disertai oleh anak-anak dari sekolah rendah dan juga menengah. Pertandingan yang diadakan adalah bolasepak dan juga bola jaring.