PU Gong Kedak Lancar Kempen Penghayatan Airforce-Next Generation

GONG KEDAK – Memandangkan betapa luas dan pentingnya intipati yang terkandung dalam visi strategik Airforce-Next Generation, Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengambil inisiatif mengadakan kempen untuk menyeru semua warga pangkalan agar bersama-sama menghayati dan memahami malah mempraktikkan intipati visi strategik tersebut. Pelbagai program akan dikelola oleh Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan seperti pengedaran huraian melalui buletin bulanan pangkalan, kaji selidik dikalangan anggota, pemakaian tag logo dan pemasangan banner bagi memberi pendedahan tentang visi strategik Airforce-Next Generation serta kepentingan laman web rasmi TUDM sebagai sumber maklumat.

Komander Pangkalan amat menitikberatkan kefahaman terhadap perkara-perkara sebegini dan memberi penekanan agar warga pangkalan sentiasa peka serta mengambil maklum hal-hal berkaitan TUDM setiap hari menggunakan teknologi maklumat. Warga pangkalan juga kini dapat mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti warga TUDM seluruh Malaysia setiap hari dengan hanya mengakses laman web TUDM tersebut. Semoga dengan adanya program sebegini, warga pangkalan dapat bersama-sama berganding bahu supaya visi strategik ini tercapai dengan jayanya.

 

//