PU Gong Kedak Beri Sokongan Domestik Kepada Kerajaan

GONG KEDAK- Pangkalan Udara Gong Kedak mewakili TUDM sentiasa bersedia untuk memberi sokongan domestik kepada kerajaan. Pada 3 Nov 2010, Komander Pangkalan bersama warga PU Gong Kedak telah menyambut ketibaan  Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pergerakan Udara Pangkalan sempena lawatan beliau ke pilihanraya kecil di negeri Kelantan.