Hari Terbuka Pangkalan bersempena HUT TUDM ke-52 tahun telah diadakan pada 6 November 2010 mulai 9 pagi hingga 5 petang.
Pelbagai aktiviti dirancang bagi menarik minat orang awam untuk berkunjung ke hari terbuka yang telah lama tidak diadakan. Selain peserta pameran dikalangan skuadron-skuadron di dalam Pangkalan Udara Butterworth, skuadron-skuadron dari Pangkalan Udara yang lain adalah dijemput untuk turut memeriahkan mempamerkan aset pesawat yang dimiliki termasuk penyertaan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Antara acara/aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:
Pameran Pesawat-Pesawat Tentera.
Gerai Pameran.
Pertunjukan Pesawat Kawalan Jauh.
Pameran Kenderaan Tentera.
Derma Darah.
Persembahan Pancaragam TUDM.
Gerai Cenderahati.
Gerai Makanan dan Minuman.
Kayuhan Promosi oleh Butterworth Airbase Cycling Club (BACC).
Pameran Kereta Drift.
Pameran Superbike.
Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Komander Pangkalan. Ketibaan Komander Pangkalan ke tempat perasmian telah diiringi oleh kumpulan berbasikal Butterworth Airbase Cycling Club (BACC) yang membuat kayuhan promosi terakhir pada pagi tersebut. Majlis perasmian juga telah diserikan oleh persembahan oleh Pancaragam TUDM dari ITU Ipoh.Hari Terbuka PU Butterworth pada kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan iaitu lebih kurang 60 – 80 ribu orang pengunjung.
