Program Derma Darah Pusat Latihan Penerbangan 3

KUANTAN – Satu program derma darah telah dilaksanakan di Rumah Sakit Angkatan Tentera Pangkalan Udara Kuantan dengan kerjasama dari pihak Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan. Program tersebut dilaksanakan atas permintaan pihak tabung darah bagi menampung kekurangan bekalan darah yang dialami oleh pihak hospital berkenaan dalam merawat pesakit. Pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan telah mengeluarkan sijil penghargaan dan disampaikan oleh Pegawai Memerintah PULATIBANG III bagi menghargai jasa serta nilai murni yang telah ditunjukkan oleh anggota skuadron tersebut. Program seperti ini seharusnya mendapat sambutan yang positif oleh semua anggota skuadron dan perlu dikekalkan pada masa akan datang