KUALA LUMPUR – Satu perbarisan serah terima Panglima No 1 Divisyen Udara telah diadakan di Padang Kawad Markas No 1 Divisyen Udara diantara Lt Jen Dato’ Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Mej Jen Dato’ Pahlawan Khairul Bakri bin Mustaffa TUDM. Di dalam ucapannya, YBhg Lt Jen Dato’ Ackbal TUDM telah mengingatkan semua Komander Pangkalan serta Pegawai Memerintah unit di bawah naungan Pemerintahan No 1 Divisyen Udara dan juga warga staf Markas bertapa pentingnya aspek kompetensi serta kerjasama di dalam melaksakan tugas sebagai satu kumpulan. Beliau menegaskan keupayaan TUDM untuk terus unggul sebagai sebuah angkatan yang dihormati bergantung kepada komitmen semua peringkat anggota dan pegawai tidak mengira pangkat atau kepakaran. Beliau telah menyatakan secara khusus bahawa kepentingan setiap tugas sebagai contoh Tukang Masak, Kerani, Juruteknik serta Juruterbang adalah sama pentingnya di dalam menentukan tahap keupayaan TUDM. Justeru semua peringkat anggota disarankan menghormati tugas yang dilaksanakan antara satu sama lain serta merasa bangga dan sentiasa memberikan khidmat mutu yang terbaik di dalam setiap pelaksanaan tugasnya. YBhg Lt Jen Dato’ Ackbal TUDM turut mengucapkan tahniah kepada Mej Jen Dato’ Pahlawan Khairul Bakri TUDM di atas pelantikan ke jawatan Panglima No 1 Divisyen Udara.
