KUANTAN – Satu Perbarisan Pegawai Waran Pangkalan telah diadakan bertempat di Hangar Cawang Kejuruteraan Pangkalan Udara Kuantan. Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Mohd Azemy bin Taib telah mengadakan pemeriksaan pakaian istiadad anggota agar sentiasa berkeadaan baik dan lengkap. Beliau berkesempatan menyampaikan kata-kata nasihat dan panduan berguna kepada anggota-anggota Pangkalan Udara Kuantan. Perbarisan tersebut telah diketuai oleh PW U II Jaafar bin Mat Sa’ad.
Oleh: FSjn Ahmad Salimi bin Abdullah
