KUANTAN – Bertempat di Perkarangan Hangar No 6 Skn, Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan. Perbarisan diadakan bersempena Raptai Penuh Perbarisan Persaraan YBhg Lt Jen Datuk Seri Bashir b Hj Abu Bakar TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara yang akan diadakan pada 11 Nov 2010.
Komander Pangkalan berpuashati dengan raptai perbarisan yang diadakan dan berharap agar semasa hari sebenar pada 11 Nov 2010, anggota-anggota perbarisan dapat menunjukkan perbarisan yang lebuh baik. Di dalam ucapan Kol Hj Ibrahim b Hashim TUDM, selaku Komander Pangkalan Udara Kuantan telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deevapali dan juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada warga PU Kuantan yang beragama Islam.
Tidak ketinggalan juga, beliau mengingatkan kepada semua anggota pangkalan dapat menyelesaikan semua tugasan yang telah diarahkan mengikut ketetapan memandangkan tempoh bagi tahun 2010 yang bakal berlalu kurang dari 2 bulan sahaja lagi. Selain itu juga, beliau mengharapkan semua anggota telah Berjaya mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah dirancangkan sejak di awal tahun 2010 lagi. Perbarisan pada pagi ini juga diserikan lagi dengan pemakaian pangkat kepada 1 x PW U I , 2 x PW U dan 2x FSjn.
