Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan Udara Kuantan

KUANTAN – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan di Perkarangan Hangar Cawang Kejuruteraan yang dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP dan juga anggota awam. Perbarisan pada kali ini merupakan perbarisan yang pertama bagi tahun 2011. Perbarisan diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat, penyampaian hadiah pertandingan melukis poster dan penganugerahan ‘Burung Emas’. Anugerah Burung Emas adalah hasil ilham Kol Hj Ibrahim b Hashim TUDM. Ianya diberikan kepada mana-mana anggota atau ahli udara terlatih yang telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi terhadap tugas, berwibawa, berketerampilan, berkepimpinan, jujur serta amanah.