Pengkuasaan Pengawai Tanpa Tauliah Kanan Pangkalan Udara Gong Kedak

GONG KEDAK – Bagi menyahut Amanat Kepimpinan Tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia yang mahukan Pengkuasaan Pegawai Tanpa Tauliah Kanan atau lebih dikenali sebagai “Enpowerment of Senior Non-commissioned Officer”, Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengambil pendekatan dengan cara mengadakan SNCO Day pada setiap bulan. Bagi membuka tirai tahun 2011, Pegawai Tanpa Tauliah Kanan telah diberi taklimat berkenaan Ground Rules yang diamanatkan oleh Panglima Operasi Udara. Taklimat telah disampaikan oleh Lt Kol Ahmad Tuah bin Hj Azid TUDM.

oleh : Kapt Hasrul Taufek b Roslan TUDM