Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara

SUBANG – Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah diadakan di Institut Latihan Tentera Udara pada 17 hingga 19 Jan 11. Tim pemeriksaan ini telah diketuai oleh Ketua Staf Markas Pendidikan Dan Latihan Udara, Kol Mustak Ahmad bin Miandad TUDM. Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah merangkumi Pengurusan Latihan, Pengurusan Bahagian Bantuan, Piawaian dan Keselamatan. Hasil dari pemeriksaan tersebut, YBhg Mej Jen Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM berpuashati dengan maklum balas pemerhatian serta cadangan tim pemeriksa dan mengharapkan Institut Latihan Tentera Udara terus mengekalkan usahanya sebagai Institut Latihan yang berperanan mengendalikan Latihan Perajurit Muda dan Latihan Medan.

oleh: Mej Azmy Yahaya TUDM