KUALA LUMPUR – Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah mengadakan Latihan Menembak Tahun 2010 di Lapang Sasar A Kem Sg Besi KL pada 24 Nov – 26 Nov 2010. Latihan ini diadakan bersama dengan P & P seperti tahun-tahun yang lepas. Semua Pegawai dan Anggota PU KL dan P & P telah menjalani latihan menembak ini. Latihan dan Pertandingan Menembak Jatuh Piring diadakan pada hari terakhir iaitu 26 Nov 2010. Kol Azizon Ariffin TUDM dari P & P dan Lt Kol Ahmad Afandi TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur turut serta dalam Pertandingan Jatuh Piring. Kemenangan pertandingan berpihak kepada wakil kumpulan daripada P & P.

