KUANTAN – Bertempat di Bilik Mesyuarat Cawang Kejuruteraan Pangkalan Udara Kuantan telah diadakan Mesyuarat Dasar Pengukuran Prestasi ( Performance Measurement ) Kejuruteraan dan Penyelengaraan Kenderaan Khas Udara ( AGSV ). Ianya melibatkan taklimat berkaitan penggunaan Skill Level Monotoring System ( SLMS ) di Pangkalan Udara Kuantan dan perbincangan pengukuran prestasi di organisasi penyelenggaraan TUDM. Ia meliputi beban perlaksanaan di skuadron/unit, permudahcaraan perlaksanaan, penyelarasan dengan arahan Latihan Lanjutan ( TCI ) dan dasar semasa serta saluran pengagihan. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Kejuruteraan Kol Md Zaki bin Md Zain TUDM.
Oleh: FSjn Ahmad Salimi bin Abdullah
