GONG KEDAK- Bagi menghargai jasa dan sumbangan cemerlang kepada anggota dan pegawai yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga, satu majlis anugerah kecemerlangan telah diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan. Majlis yang bertemakan konsep 60-an turut diadakan bersempena sambutan tahun baru 2011. Majlis yang dihadiri oleh lebih 800 hadirin bersama keluarga telah berjaya menjadikan aktiviti kekeluargaan paling meriah pada tahun ini. Komander Pangkalan juga berbesar hati untuk turut bersama meraikan anak-anak angkat Pangkalan Udara Gong Kedak dan menyampaikan sumbangan pakaian dan peralatan sekolah kepada mereka. Selamat Tahun Baru 2011 daripada warga Pangkalan Udara Gong Kedak.
