KUALA LUMPUR – Pangkalan Udara Kuala Lumpur, di bawah naungan Lt Kol Hj Ahmad Afandi in Hj Shuib TUDM telah menganjurkan satu program penurunan berat badan (BMI) sepanjang tahun 2010 sebanyak dua siri, iaitu siri 01/2010 pada 05 Apr hingga 12 Mei 2010 dan siri 02/2010 pada 01 Nov hingga 29 Dis 2010. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menjaga kesihatan secara terancang dan teratur dari segi penekanan latihan dan pemakanan yang seimbang untuk pegawai dan anggota LLP. Peserta yang terlibat telah menunjukkan displin, kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang program siri 02/2010 dilaksanakan. Pengarah Institut Perubatan Penerbangan Ybhg Brig Jen Dato ‘ (DR) Zahari Bin Jusoh telah memberi ceramah pemakanan berkenaan pengambilan dan pembakaran kalori. Pelbagai aktiviti yang telah diatur antaranya pemeriksaan kesihatan, nasihat pemakanan, latihan dan jenis pemakanan yang sihat. Sepanjang program dijalankan Jurulatih Jasmani Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah mengatur latihan yang sistematik dan bersesuaian. Pada akhir program Komander Pangkalan telah menjemput YBhg Pengarah Institut Perubatan Penerbangan untuk majlis penutup program BMI siri 02/2010 yang telah diadakan di Kompleks Lembaga Sukan TUDM.
oleh: Kapt Hairul Nizam TUDM
