LABUAN – Wisma Kesatria Pangkalan Udara Labuan telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi untuk ahli-ahli baru wisma. Seramai 43 orang ahli dari pelbagai ketukangan telah menyertai kursus ini yang di kelolai oleh Yang Dipertua Wisma Kpl U Hailmie B. Arhan. Kursus telah berlangsung selama 14 hari bermula 1 Dis 2010 hingga 14 Dis 2010 dan majlis penutup telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Lt Kol Hj Khairil Asri bin Hj Baharin TUDM.
