Majlis Pembukaan Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 12/11

SUBANG – Majlis Pembukaan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 12/11 telah diadakan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan. Seramai 28 anggota dari pelbagai ketukangan akan mengikuti kursus tersebut selama dua minggu mulai 17 Jan 11 hingga 28 Jan 11. Pembukaan majlis telah dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Mej Jen Dato’ Mohd bin Sulong TUDM. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan kepada semua pelatih kursus bahawa orang yang berilmu bukannya dinilai dengan apa yang diketahui, tetapi bagaimana ia mengamalkan ilmu tersebut agar semua pihak mendapat manfaat darinya. Beliau berbesar hati menyampaikan syarahan bertajuk Kepimpinan Pegawai Waran dari Perspektif AKS Sumber Manusia.oleh : Kpl U Mohd Syazwan bin Md Isa