Lawatan Kerja Komander Pangkalan Labuan Ke Lapang Sasar Udara Kota Belud

LABUAN – Komander Pangkalan PU Labuan, Lt Kol Hj Khairil Asri bin Hj Baharin TUDM telah melaksanakan lawatan ke Lapang Sasar Udara (LASARUD) Kota Belud, Sabah pada 26 Nov 2011 yang lalu.  Lawatan tersebut diiringi oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Pegawai Memerintah Skn 340, Ketua Cawang Tadbir, Ketua Cawang Kejuruteraan dan Pegawai Waran Pangkalan.  Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada Lawatan Kerja yang telah dirancangkan setelah beliau mengambilalih jawatan Komander Pangkalan mulai 01 Nov 2010 yang lalu.  Anggota Pangkalan yang sedang bertugas di penempatan, Sjn U Kamarul Latif bin Mohd Yusof tersebut amat berbesar hati di atas kehadiran beliau ke lapang sasar tersebut.