Latihan Tembakan Pesawat Sukhoi 30MKM Pangkalan Udara Gong Kedak

GONG KEDAK – No. 11 Skuadron telah mengadakan latihan tembakkan udara ke bumi atau ‘air to ground’ mulai 16 Jan sehingga 28 Jan 10 di Pulau Yu yang terletak kira kira 180km dari Pangkalan Udara Kuantan. Sebanyak 5 buah pesawat Sukhoi 30MKM telah digerakkan ke Pangkalan Udara Kuantan bagi tujuan tersebut. Latihan tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan dan ‘refresher’ kepada juruterbang dan jurusensor senjata bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan mengenai teknik ‘bomb delivery’ pesawat Sukhoi. Seramai 22 juruterbang dan juru sensor senjata telah terlibat dalam latihan ini. Latihan ini telah mendapat kerjasama dari Markas No. 1 Divisyen Udara, Pangkalan Udara Kuantan dan juga beberapa unit lojing yang lain. Menurut Pegawai Memerintah, Kol. Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan, latihan ini adalah bagi memenuhi keperluan ‘quarterly continous training’ seperti yang di kehendaki dalam TCI. oleh: Mejar Amir bin Hj. Zakaria TUDM