BACHOK – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan latihan menembak pistol pegawai yang diadakan di Lapang Sasar Gunong, Bachok. Kesemua pegawai mengambil bahagian dalam latihan tersebut yang diadakan secara dua peringkat iaitu pada 4 dan 5 Jan 11 termasuklah Komander Pangkalan, Kol Mohd Faudzi bin Ahmad TUDM. Dalam latihan tersebut, para pegawai dapat memperbaiki teknik dan kemahiran menembak pistol. Dengan adanya kemahiran menembak, diharap dapat membantu menaikkan mutu kesiapsiagaan setiap pegawai sekiranya keadaan dan keselamatan diri dan pangkalan terancam.
