GONG KEDAK – YBhg Kol Mohd Faudzi bin Ahmad TUDM, Komander Pangkalan Gong Kedak hari ini telah meluangkan masa untuk melawat anggota pangkalan yang mengalami kemalangan jalanraya. Anggota yang dilawati adalah PW U I Suhaimi bin Zulkafli dari Cawang Material yang telah terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan beliau berlanggar dengan sebuah lori di Machang Kelantan pada 8 Dis 10 yang lalu. Lawatan turut disertai oleh YBhg Lt Kol Kamarudin bin Kassim TUDM, Ketua Cawang Materiel Pangkalan Udara Gong Kedak. Warga pangkalan mendoakan agar anggota tersebut segera pulih dan dapat meneruskan tugas dengan baik.
