Bomba Pangkalan Udara Gong Kedak Temui Ular Sawa Sepanjang 5 Meter

GONG KEDAK – Pasukan Bomba yang diketuai oleh PW U II Mohd Yusof telah berjaya menangkap ular sawa seberat 80kg dan sepanjang 5 meter di jalan perimeter Pangkalan Udara Gong Kedak. Ular sawa tersebut yang cuba untuk menyeberangi jalan perimeter menuju ke kawasan Tactical Shelter telah dijumpai oleh anggota bomba yang bertugas pada syif malam semasa rondaan perimeter sedang dijalankan pada jam 0200 pagi.oleh: Mej Marwan TUDM