Berbakti Sempena Aidiladha

GONG KEDAK- Istilah korban membawa pelbagai pengertian kepada manusia. Berkorban untuk kesejahteraan insan sejagat juga mampu merungkai erti pengorbanan sebenar. Sempena menyambut Aidiladha, penghayatan erti pengorbanan turut diambil oleh warga PU Gong Kedak dengan menganjurkan kempen derma darah  dengan kerjasama daripada Hospital Kota Bharu. PU Gong Kedak berbangga kerana Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Choy Swee On TUDM dan Ketua Provos, Mej Abong TUDM turut bersama-sama menderma darah dalam kempen ini. Tujuan kempen derma darah ini dilaksanakan adalah sebagai bantuan bekalan darah kepada pihak hospital sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Warga PU Gong Kedak mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua warga TUDM.