9 Ogos 12 : Serah Terima Tugas PS 2 Keselamatan Kolej Tentera Udara

ALOR SETAR, 9 Ogos 2012 – Satu Majlis Serah Terima Tugas PS 2 Keselamatan Kolej  telah diadakan di bilik Taklimat Pusat Latihan Terbang 1. Majlis ini disaksikan oleh kesemua pegawai-pegawai keselamatan seksyen yang terdapat di dalam Kolej Tentera Udara.

Pada majlis ini,  jawatan PS 2 Keselamatan Kolej selama ini telah disandang oleh Mej Kayamboo Chellam TUDM semenjak 7 Mac 2010  sehingga 9 Ogos 2012 telah diserahkan kepada Mej Azahar bin Mohamed TUDM dan ianya berkuatkuasa serta merta. Sepanjang 2 tahun perkhidmatan Mej Kayamboo Chellam TUDM sebagai PS 2 Keselamatan Kolej, terdapat pelbagai perubahan serta  sumbangan beliau di dalam memastikan keselamatan kolej berada pada tahap yang optimum dan mendidik kesemua warga kolej agar mementingkan keselamatan. Selain daripada itu juga beliau telah melakukan penstrukturan semula carta organisasi keselamatan kolej, melaksanakan kaji selidik keselamatan secara menyeluruh bagi kolej dan penambahbaikan dalam perlaksanaan latihan Pre Accident Plan.

Beliau juga turut aktif di dalam menganjurkan kursus dan seminar keselamatan kepada warga kolej dengan usahasama agensi luar. Kursus dan seminar ini diadakan secara berterusan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kesemua warga KTU berada pada tahap yang terbaik. Beliau akan meneruskan tugas sebagai Pegawai Kajian Bawah di Pusat Latihan Terbang 1. Manakala Mej Azahar bin Mohamed TUDM sebelum ini pernah berkhidmat sebagai juruterbang di 16 Skuadron serta di No.2 Divisyen Udara dan sekarang ini ditugaskan sebagai PS 2 Keselamatan KTU. Kesemua warga kolej mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>