KUALA LUMPUR, 8 Ogos 12 – Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, Pengarah Sekretariat YBhg Brig Jen Dato’ Jamal bin Abu Bakar TUDM telah sempat meluangkan masa untuk menyempurnakan acara pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi TUDM. Acara pemasangan Jalur Gemilang ini di laksanakan bertempat di hadapan Perpustakaan Kem KEMENTAH. Turut hadir menyaksikan acara ini adalah PW Fleet Kenderaan dan pemandu- pemandu yang bertugas di Markas Tentera Udara. Di harap dengan pemasangan Jalur Gemilang ini, dapat menaikkan semangat warga TUDM untuk turut sama- sama mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing- masing bagi menyemarakkan sambutan sempena Hari Kemerdekaan nanti.







