7 Sep 12 : Majlis Jamuan Hari Raya Markas No 1 Div Udara

Markas No 1 DU telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 7 Sep 12 Jumaat bertempat di Dataran Cafe Markas No 1 DU.  Majlis yang serba ringkas dan sederhana tersebut telah berjalan dengan lancar dan penuh bermakna ke arah mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan pegawai dan staf Markas No 1 DU serta POTU keseluruhannya.  Majlis ini juga telah memberikan ruang untuk pegawai dan staf berinteraksi dalam suasana yang harmoni, ceria dan mengendalikan stres mereka secara positif dan efektif. Turut hadir ialah YBhg Mej Jen Dato’ Ansar Ali Majeth TUDM (Panglima No 1 DU), YBhg Brig Jen Othman bin Abdullah TUDM (Ketua Staf Operasi merangkap Pegawai Memerintah), Kol Ir Razali bin Abd Ghani TUDM (Ketua Staf Bantuan), dan Lt Kol Tan Hui Hock TUDM (Ketua POTU).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>