7 Ogos 12 : Majlis Penyerahan Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan Di Sabah Dan W.P Labuan

KOTA KINABALU, 7 Ogos 12 – Majlis penyerahan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffe, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah.

TUDM telah diwakili oleh Panglima 2 Divisyen Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM dan isteri bagi menerima sumbangan kuih-muih tersebut.

Dalam ucapan balas beliau, Panglima 2 Divisyen Udara serta seluruh warga TUDM yang berkhidmat di Sabah dan W.P. Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah dan Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis yang gemilang ini. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan dan persekutuan termasuk syarikat-syarikat kerajaan negeri (GLC) yang terus memberikan sokongan dan bergabung tenaga dalam penyediaan kuih raya pada tahun ini.  Kuih-muih raya tersebut akan menceriakan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi  anggota-anggota TUDM yang bertugas di kawasan operasi tanpa bersama keluarga tersayang.

Di akhir ucapan, beliau yang mewakili pihak kepimpinan TUDM di Sabah dan W.P. Labuan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga TUDM, anggota pasukan keselamatan serta seluruh rakyat negeri Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>