KUALA LUMPUR, 4 Sep 12 – Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha bersama Warga Kementerian Pertahanan sempena Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012M telah diadakan di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hj Hamidi, Panglima Angkatan Tentera, pegawai- pegawai kanan dari ketiga- tiga perkhidmatan dan seluruh warga kementerian.




