4 Ogos 12 : Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Wisma Perwira PU Labuan

LABUAN, 04 Ogos 12 – Wisma Perwira PU Labuan telah menganjurkan  majlis berbuka puasa bersama keluarga ahli-ahli wisma. Panglima 2 Divisyen Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Sabri  bin Adam TUDM bersama-sama Ahli Parlimen Labuan YB Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal dan Ahli Dewan Negara YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus telah diundang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Kedua-dua tetamu tersebut juga merupakan Ahli Kehormat Wisma Perwira PU Labuan.

 Turut diraikan pada majlis tersebut adalah anak-anak yatim dan kanak-kanak istimewa. Mereka telah menerima sumbangan daripada BAKAT Udara PU Labuan yang telah disampaikan  oleh Datin Dasimah binti Bongso isteri kepada Panglima 2 Divisyen Udara dan juga sumbangan peribadi daripada Ahli Parlimen Labuan.

 Antara lain sambutan majlis ini adalah bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli serta pemimpin masyarakat yang telah sedia terjalin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>