2 Ogos 12 : Mk No 1 Divisyen Udara Menerajui Persediaan Audit Sistem Star Rating (SSR) 2012

 

Satu sesi perbincangan melibatkan MK No 1 DU, PU Butterworth, PU Kuantan dan Skn 323 Bukit Lunchu bagi menghadapi Audit SSR telah diadakan di Bilik Mesyuarat, MK No 1 DU pada 2 Ogos 12. Sesi perbincangan ini yang bertujuan untuk menyelaraskan segala keperluan Audit SSR yang berkenaan  telah dihadiri oleh Panglima No 1 DU, Komander PU Butterworth, Komander PU Kuantan, Pegawai Memerintah Skn 323 Bukit Lunchu dan pegawai-pegawai dari pangkalan yang terbabit. Turut serta dan berkongsi pandangan dalam sesi perbincangan ini adalah pegawai-pegawai staf MK No 1 DU. Panglima No 1 DU telah mempengerusikan  sesi ini dan bertindak sebagai Fasilitator memberikan garis panduan kepada semua yang hadir. Audit SSR dari MAMPU ini dijangka akan dibuat pada bulan Sep 12.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>