18 Jul 12 : Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Skuadron Provos TUDM 2012

GURUN – Pada 12 Jul sehingga 18 Jul 2012, Skuadron 208 Provos, PU Subang bersama Jabatanarah Provos Marsyal TUDM telah menganjurkan Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Skuadron Provos TUDM bagi senjata Rifle M4 Carbine dan Pistol Glock/Browning MK III.  Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini telah disertai oleh Jabatanarah  Provos Marsyal dan kesemua skuadron-skuadron Provos pangkalan yang telah diadakan di Lapang Sasar Kem Hobart, Kedah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran anggota Provos dalam pengendalian senjata  Rifle M4 Carbine dan Pistol Glock/Browning MK III disamping menguji kecekapan dan memupuk semangat bersaing dikalangan peserta pertandingan.

Pembukaan Pertandingan UKM tersebut telah diadakan pada 13 Jul 12 yang telah dirasmikan oleh Lt Kol Mohd Razif bin Ramli TUDM, Provos Marsyal Udara dan majlis penutup pertandingan telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Noh bin Mohd Said TUDM, AKS Tadbir pada 18 Jul 2012 yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.  Acara-acara yang telah dipertandingkan dan keputusan adalah seperti berikut:-

1.         Pertandingan Rifle M4 Carbine Berpasukan

            Johan              -           Skn 208 Provos, PU Subang.

            Naib Johan   -           Skn 105 Provos, PU Kuching.

            Ketiga             –            Skn 103 Provos, PU Kuantan.

2.        Penembak Terbaik Rifle M4 Carbine

            723297 Kpl U Majib bin Ahad- Skn 105 Provos, PU Kuching.

3.        Pertandingan Pistol Glock/Browning MK III Berpasukan

            Johan              -           Jabatanarah Provos Marsyal TUDM.

            Naib Johan   -           Skn 104 Provos, PU Butterworth.

            Ketiga             -           Skn 107 Provos, Kolej Tentera Udara.

4.        Penembak Terbaik Pistol Glock/Browning MK III

            723493 LUK Mohd Suhaimi bin Mohd Saad- Skn 104 Provos, PU Butterworth

5.        Pertandingan Menembak Jatuh Piring bagi Rifle M4 Carbine

            Johan               -           Skn 106 Provos, PU Labuan.

            Naib Johan    -           Skn 104 Provos, PU Butterworth.

            Ketiga              -           Skn Provos PU Gong Kedak.

6.    Pertandingan Menembak Jatuh Piring bagi Pistol Glock/Browning           MK III

            Johan              -           Skn 104Provos, PU Butterworth.

            Naib Johan   -           JabatanarahProvosMarsyal TUDM.

            Ketiga             –            Skn 208Provos, PU Subang.

7.  Johan Keseluruhan Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak       Skuadron Provos TUDM Tahun 2012            -           Skn 208 Provos, PU Subang.

Pertandingan UKM ini juga akan difokuskan sebagai acara tahunan Skn-Skn Provos peringkat TUDM.

 

//