KUANTAN, 16 Ogos 2012 – Komander Pangkalan Udara Kuantan Brig Jen Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah melawat dan berjumpa dengan anggota pangkalan bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memberi peringatan tentang keselamatan sebelum dan semasa menyambut hari lebaran samaada diri sendiri serta keluarga, harta benda dan tempat kerja yang ditinggalkan semasa cuti perayaan kepada warga pangkalan. Komander Pangkalan mengambil pendekatan dengan mengunjungi setiap Skn/ Cawang bagi mengucapkan selamat dan peringatan kepada warga pangkalan.







