16 Jan 13 : Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Terpakai Untuk Etnik Rohingya, Myanmar

LABUAN, 16 Jan 13 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Majlis Belia Labuan telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Terpakai untuk Etnik Rohingya, Myanmar bagi menjayakan program Rakan Muda IM4U. Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama TUDM Labuan ini telah diadakan di Dewan Membedai 2 Pangkalan Udara, Labuan. Komander Pangkalan Udara Labuan, Kol Hj Khairil Asri bin Hj Baharin TUDM mewakili pihak TUDM menerima penyerahan bantuan tersebut daripada En. Rozman bin Dato’ Isli, Ahli Penasihat Majlis Perbadanan Labuan dan En. Mohd Faizul Helmee bin Mohd Sab, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan W.P Labuan. Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pihak TUDM dengan Jabatan Kerajaan yang lain.

 

//